Saturday, January 30, 2010

ciri ciri islam

SYUMULIYYAH

Syumul bermaksud lengkap. Ini bererti bahawa agama Islam adalah sebuah agama yang lengkap dan sempurna serta meliputi kehidupan dunia dan akhirat.

Islam meliputi seluruh kehidupan manusia di dunia dan akhirat. Islam telah mengatur kehidupan manusia dengan lengkap yang meliputi ;

Ibadah, akhlak, ekonomi, politik, kemasyarakatan, kesihatan, kebuadayaan, bahasa, seni, pengetahuan, hubungan antarabangsa, alam sekitar, falsafah, sains, undang-undang dan sebagainya.

Firman Allah SWT ;

38. Tiadalah Kami alpakan sesuatupun dalam Al-Kitab


Ayat di atas menjelaskan bahawa, al-Quran telah menjelaskan semua perkara yang berkaitan dengan kehidupan manusia di dunia dan di akhirat. Tiada yang ditinggalkan oleh al-Quran. Ini menunjukkan bahawa Islam itu adalah agama yang lengkap. Maka, kita tidak perlu cari agama lain, kerana tiada agama yang selengkap Islam. Al-Quranlah selengkap-lengkap petunjuk atau manual cara hidup di dunia dan akhirat.

Sebagai perbandingan, katakan kita membeli sebuah kereta baru, tentulah kita inginkan manual yang lengkap, meliputi semua aspek kereta tersebut seperti keselamatan, cara menggunakan kompenan, prosuder penyenggaraan dsb. Kita akan patuh kepada semua prosuder, manual dan nasihat daripada syarikat yang membuat kereta tersebut atau sekurang-kurangnya mekanik yang amat arif tentang kereta keluaran syarikat tersebut. Kenapa perlu patuh ? Supaya kita dan kereta kita sentisa selamat sepanjang perjalanan dan yang paling penting sampai ke destinasi yang ditujui, bukannnya tersesat jalan.

Jadi, begitulah hidup kita ini…. Allah sebagai pencipta kita, maka sewajarnya kita patuh dan mengikut prosedur @ manual yang Allah sediakan iaitu al-Quran. Ikutilah al-Quran. Nescaya hidup kita akan bahagia , selamat di dunia dan akhirat serta tidak akan tersesat, insya Allah kita akan sampai ke destinasi kita, iaitu Surga, bukannya tersesat ke neraka.

Kembali kepada firman Allah SWT di atas, cuba renung kisah yang biasa kita dengar seperti di bawah ini ;

Pada satu malam, ketika memberi tazkirah sempena majlis kesyukuran pembukaan kedai makan seorang sahabatnya, seorang penceramah telah membaca ayat di atas, beliau seterusnya menjelaskan kandungan ayat tersebut dengan contoh-contoh yang mudah. Tiba-tiba, seorang pendengar menyampuk.

“Tuan, tadi tuan kata, semua perkara telah Allah nyatakan dalam al-Quran. Cuba tuan terangkan kepda saya, berapa kepingkah roti canai yang dapat dibuat dengan 1 kg tepung gandum ? Nyatakan ayat berapa dan surah apa dalam al-Quran ? “

Pertanyaan yang tidak disangka-sangka itu telah menyebabkan suasana menjadi riuh-rendah. Orang beranggapan bahawa soalan itu tentu amat sukar dijawab oleh penceramah tersebut dan bertujuan untuk memalukannnya.

Tapi, pencermah yang cerdik itu, dengan senyum dan tenang menjawab..

“Terima kasih kepada soalan yang cukup relevan dengan tajuk dan memang tip-top. Lusa, Insya Allah, semasa ceramah kat masjid kita, saya akan jawab”.

Apabila sampai malam yang dijanjikan. Alangkah terkejutnya, penceramah tersebut, ramainya ahli kariah yang datang.. berpusu-pusu… kalau dulu paling ramaipun dalam 20 je… ini dah berlipat kali ganda… kerana nak tahu jawapan bagi soalan sebelum ini….

Tibalah saat yang dinanti-nantikan, maka dengan tenang dan senyum beliau berkata…

“Ini jawapan yang saudara semua tunggu..” “1 kg tepung gandum boleh menghasilkan XX roti canai” “Cuba buka al-Quran, lihat ayat 43 surah an-Nahl”

Maka merekapun, masing-masing membuka al-Quran, lalu mereka baca ayat di bawah beserta dengan tafsirannya.

4

43. Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan, jika kamu tidak mengetahui.

“Jawapan tu betul” kata salah seorang daripada mereka.

“Tapi, ayat tersebut tak sebutpun pasal roti canai” tambah seorang lagi dengan perasaan sedikit marah kerana dia rasa tertipu.

Lalu, penceramah itu menjelaskan,

“Memanglah ayat itu tidak secara terang-terang sebut roti canai, sebab diturunkan di Mekah/Madinah, dulu mana ada roti canai kat situ”

“Lagipun kalau sebut roti canai, makanan lain pula kena sebut, kalau begitu kena catat pula cara membuatnya dsb”

“Makanan lain pula kena sebut juga, kalau macam ni, ……” jawabnya dengan panjang lebar.

“Sebab itu, Allah nyatakan secara umum tetapi jelas. Ayat tersebut meminta kita bertanya kepada orang yang tahu mengenai perkara tersebut. Jadi, kelmarin, saya telah bertanya kepada Pak X yang menjual roti canai kat tepi jalan tu…. Itulah jawapan yang diberi oleh beliau. Maka, ayat ini amat tepat bagi menjawab soalan tersebut”

“Ooo begitu…Barulah kami faham !!!” jawab tok imam yang duduk bersimpul di sebelah penceramah, beliau sejak tadi hanya tunduk diam sahaja untuk menjaga hati penceramah. Maka situasipun menjadi tenang.

Cerita di atas menjelaskan bahawa betapa lengkapnya al-Quran.

Apa kata Barat terhadap kesyumulan Islam sebagaimana yang telah ditulis oleh Abdullah Nasih ‘Ulwan.

Dr. Hoking, seorang Prof Falsafah di Harvard University ;

“Sesungguhnya dalam sistem Islam itu sendiri terdapat persiapan untuk tumbuh dari dalam. Saya amat berkeyakinan dan tidak salah jika saya katakan bahawa syariat Islam mencakupi semua prinsip untuk maju”

Dr. Izco Insapato ;

“Bahawa sesungguhnya syariat islmiyah dalam perbahasannya mengatasi undang-undang Eropah, bahkan syariat islmiyahlah yang mendatangkan kepada dunia perundangan yang paling lengkap dan tepat ”

Peringatan 1 : 20 Asas Sebuah Jamaah Islam


Al-Ustaz Mustafa Masyhur
Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin


1) Tujuan menegakkan jemaah ini ialah kerana Allah dan memiliki segala ciri-ciri Rabbani, serta mencari keredhaanNya (mardhatillah). Jemaah ini jauh dari matlamat keduniaan seperti mencari kemasyhuran, kedudukan atau suka menonjol diri. Jemaah ini hendaklah juga jauh dari dorongan-dorongan jahiliyyah seperti taa'sub kelompok, batas-batas geografi atau kenegaraan, dan seumpamanya. Perkara seperti ini akan merosakkan amalannya dan membawa jemaah ini kearah kegagalan.

2) Jemaah Islam ini hendaklah menjaga dirinya supaya ia tidak tunduk dibawah kehendak orang tertentu, kerajaan ataupun apa sahaja, sekiranya ia memberi kesan buruk kepada kepada gerakan dakwahnya atau mempengaruhi mesej dakwah.

3) Jemaah itu dibangunkan atas tujuan yang menyeluruh dan bersepadu yakni untuk menegakkan agama Allah dibumi ini dengan mendirikan Negara Islam Sedunia. Manhajnya adalah berdasarkan apa yang diperlukan untuk mencapai tujuan ini, selagi menepati syariat Islam. Jemaah tidak sepatutnya mengongkong dirinya dalam perkara-perkara juzuk dalam Islam.

4) Kefahaman jemaah ini terhadap Islam hendaklah menyeluruh (syumul) dan pendekatan dakwah yang digunakan juga adalah bersifat menyeluruh (syamil). Kefahaman Islam dan mesej dakwah yang dibawa mesti bertepatan dengan Quran dan Sunnah Ar-Rasul saw, dan bersih dari sebarang kesamaran, penyelewengan dan perbezaan pendapat yang boleh memecah-belahkan orang-orang Islam.

5) Jemaah ini mestilah bersifat universal (alamiyyah) dan tidak tertakluk pada batas-batas negeri dan suku bangsa, kerana dakwah Islam adalah ditujukan kepada sekelian alam. Jemaah ini juga menekankan bahawa orang-orang Islam semuanya adalah umat yang satu (wahdatul ummah) dan dengan sifat alamiyyahnya, jemaah ini berjuang untuk menegakkan Negara Islam Alamiyyah, bukan Negara Islam Geografi. (rujuk karangan Ustaz Said Hawa, 'Durus Fil Amal AlIslami')

6) Jemaah ini mestilah mengikut methodologi dan cara (manhaj dan uslub) yang digunakan oleh Rasulullah saw ketika baginda mendirikan Negara Islam; dengan mementingkan perkara-perkara seperti menanam aqidah tauhid dan iman dalam hati, mengutamakan kekuatan persaudaraan dan penyatuan umat Islam, mengambil kira prinsip jihad dan ketenteraan, membina keluarga Islam dan tarbiyyah anak-anak dan lain-lain lagi. Perlu ditegaskan bahawa penggunaan kekuatan senjata sebelum aqidah dan penyatuan umat Islam akan membawa kepada perpecahan umat Islam dan kemudharatan yang besar.

7) Jemaah ini hendaklah menjaga amalannya dari mencari propaganda dan menunjuk-nunjuk kerana ini boleh menghilangkan sifat keikhlasan dan ganjaran pahala. Anggota jemaah itu hendaklah mengutamakan dirinya untuk terus berdakwah dan bekerja untuk Islam dan menghindarkan dirinya dari sebarang sifat tercela (mazmumah), perdebatan, prasangka, menabur fitnah dan 'tajassus' dan apa sahaja yang boleh menimbulkan perselisihan dan kurang daya produktif dalam dakwah. (Surah Hujurat:11-13)

8) Jemaah ini bekerja mengikut perancangan yang sempurna dan realistik. Segala tindakan yang diambil bukan lah secara spontan ataupun hanya reaksi yang tidak dikaji terlebih dahulu kerana ini boleh mengakibatkan risiko atau natijah yang buruk. Membangunkan individu, keluarga, dan masyarakat dalam semua lapisan umat Islam dilakukan atas dasar taqwa sebagai persediaan sebelum mendirikan Negara Islam.

9) Jemaah ini mengambil berat tentang semua aspek pendidikan dan pekerjaan yang dikehendaki, yakni aspek rohani, jasmani, mental, dan ilmu. Dari segi politik, jemaah ini hendaklah melahirkan suara Islam dengan jalan kesedaran politik, dan tidak semestinya dengan cara berparti dan jauh sekali dari mengamalkan putar- belit ataupun kemelut parti sekular. Dari segi komunikasi, jemaah ini mementingkan peranan sebaran am, akhbar, penulisan serta apa jua cara yang dapat menyebarkan kan dakwah serta menolak kekeliruan yang boleh timbul dari fitnah musuh atau sesiapa sahaja.

10) Jemaah contoh ini jangan sekali-kali meninggi diri serta sentiasa membuat perbandingan dengan jemaah-jemaah Islam yang lain dan tidak menganggap jemaahnya sahaja yang sempurna dan benar dan jemaah lain adalah sesat. Jangan memperkecil-kecilkan usaha jemaah-jemaah lain tetapi sebaliknya carilah ruang- ruang untuk bekerja sama. Hendaklah dia sentiasa berusaha kearah penyatuan (wahdatul ummah) dengan jemaah-jemaah lain dan sentiasa bersabar, berlapang dada dan menerima segala kritikan dengan baik. Dengan izin Allah swt, kita semua mengharapkan akan tiba masanya, hilanglah semua nama-nama, gelaran dan perbezaan teknikal antara semua jemaah yang ada sekarang dan akan digantikan dengan satu Jemaah Muslimun.

11) Jemaah ini hendaklah bercampur-gaul dengan semua orang dari segenap lapisan tidak kira bangsa, warna kulit, bahasa ataupun pangkat, demi mematuhi konsep alamiyyah yang disarankan. Mereka adalah ladang dakwah dan tapak semaian ayng perlu disediakan terlebih dahulu sebelum mendirikan Negara Islam.

12) Jemaah ini mempunyai peraturan yang kemas serta organisasi (tanzim) yang tersusun, yang menentukan tujuan kerja dan cara-cara berdakwah. Anggota jemaah adalah terdiri daripada mereka yang telah dididik (tarbiyyah) sepenuhnya dan membentuk barisan-barisan yang terpilih dan tidak dicampuri anasir-anasir yang tidak sihat, demi menjamin penerusan serta mesej dakwah yang dibawanya.

13) Konsep syura hendaklah diamalkan dalam setiap peringkat dan menggalakkan ahlinya supaya terus berbincang dan mengeluarkan pendapat serta kritikan yang membina kepada orang-orang yang memegang tanggungjawab tertentu atau pimpinan. Konsep ketaatan dan kepatuhan dalam perkara yang bukan maksiat sentiasa ditekankan

14) Jemaah ini sentiasa bersifat sederhana dan tidak melampau, samada dalam aspek pemikiran seperti isu kafir-mangkafir dan isu perbezaan jemaah-jemaah Islam; atau dalam aspek gerakan seperti menggunakan kekerasan dalam tindakan dan perkataan, kecaman, dan fitnah dengan sewenang-wenangnya. Dari segi aqidah dan ibadah, jemaah ini tidak bertolak-ansur lansung.

15) Sentiasa memeriksa tanggungjawab serta mengikuti isu-isu semasa yang dihadapi oleh umat Islam seluruh dunia dan sama-sama memberi sumbangan sekadar mampu. Sentiasa menyeru orang-orang Islam agar sama-sama memberi sumbangan bagi tujuan menghidupkan semangat perpaduan serta sama-sama merasa tanggungjawab terhadap apa yang berlaku pada umat Islam keseluruhannya.

16) Sentiasa berwaspada dengan tipu-helah musuh Islam dan sentiasa bersabar, melakukan pengorbanan dan banyak bermunajat kepada Allah apabila menanggung penderitaan dan kecaman semasa berdakwah.

17) Jemaah ini sentiasa menekankan kepentingan dakwah dan penegakan Negara Islam Alamiyyah kepada anggotanya sebagai sumbangan kepada generasi akan datang. Ganjaran daripada Allah akan datang kepada mereka yang beriman dan bersabar.

18) Jemaah ini sentiasa memikirkan langkah-langkah masa depan serta bergerak (muharriq) untuk menyediakan kemahiran dalam berbagai bidang seperti pendidikan, ekonomi, perundangan, dakwah, kesihatan, ketenteraan, sosial dan lain-lain lagi.

19) Jemaah ini hendaklah mengambil kesempatan dalam setiap penerokaan baru samada dalam bidang pemikiran, pengalaman-pengalaman dakwah, ataupun kajian sains selagi ia tidak menyalahi prinsip Islam.

20) Jemaah ini sentiasa mengingatkan anggotanya bahawa keberkesanan dakwah dan natijah perjuangan tidak semestinya terlaksana semasa hayat mereka, tetapi sebaliknya adalah urusan Allah swt dan dengan izinNya sahaja. Masa perjuangan yang diambil adalah diukur dengan 'umur dakwah' dan bukan umur individu anggota tersebut. Kejayaan akan menjelma bagi orang-orang yang beriman seperti janji Allah dalam surah AnNur:(55)

"Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal saleh dari kalangan kamu bahawa Allah akan menjadikan mereka pemimpin-pemimpin yang memegang kuasa pemerintahan dibumi, sebagaimana orang-orang yang sebelum mereka; dan Allah akan menguatkan dan mengembangkan agama yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Allah juga akan memberikan keamanan kepada mereka sebagai ganti kepada ketakutan yang dialami. Mereka ini akan terus beribadat kepada Allah dengan tidak mempersekutukanNya dengan apa sekalipun. Dan ingatlah, sesiapa yang kufur atau engkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka".



WaLlahu a'lam.

Thursday, November 19, 2009

2 pemimpin siswa UM tidak bersalah

Abdul Rahim Sabri
Nov 19, 09
1:35pm
Dua pemimpin Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) hari ini didapati tidak bersalah terhadap dakwaan membawa masuk seorang ADUN Pakatan Rakyat ke kampus tersebut, Mac lalu.

Muhammad Haafizuddin Abirerah (kanan) dan Abu Ubaidah Amir Abdul Malik dituduh membenarkan setiausaha kepada menteri besar Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad melibatkan diri dalam aktiviti pertubuhan itu.

Pada 16 Mac lalu, Nik Nazmi menyampaikan ucapan perasmian mesyuarat agung persatuan tersebut selepas diseludup masuk ke kampus dengan motosikal seorang mahasiswa setelah kenderaannya dihalang.

Manakala pendakwaan tatatertib terhadap enam aktivis Persatuan Bahasa Cina UM (PBCUM) – yang enggan nama mereka didedahkan – akan bersambung awal petang ini.

Mereka dituduh mengundang exco kanan Selangor, Teresa Kok dan ahli jawatankuasa pusat MCA Wong Nai Chee mengadili satu program debat, bulan lalu.

Tuesday, November 17, 2009

hari ni ambik moto

fuh.....................hari ni ambik moto kt KTM KL.......first time bwak moto k tgah KL,takut la jgk....kete banyak tak sama cm kt perlis just tgok depan,,,,,kt sini kena ygok suma tepi kiri ngan kanan kete banyak giler silap langkah lesap
jalan pun sume one way,,,,,so kena kt lorong yg betoi la
.........apa pun kena belajar la lg.lama2 PRO la.....hehe

Transparency puji Selangor, indeks Malaysia terus jatuh


PDF | Print | E-mail

KUALA LUMPUR, 18 Nov: Walaupun para pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) silih berganti membuat siasatan ke atas pemimpin kerajaan Selangor, Transparency International Malaysia(TI-M) memuji negeri Pakatan Rakyat itu bahkan wajar dijadikan contoh.

Presiden TI-M, Datuk Paul Low berkata sikap kepimpinan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dalam memacu Selangor jelas menunjukkan kerajaan negeri ini merupakan kerajaan yang adil dan telus mencakupi semua aspek.

Katanya, peranan Khalid dalam menangani rasuah di Selangor merupakan satu perkembangan positif dalam arena politik negara.

“Saya yakin MB Selangor mempunyai kehendak politik yang kuat untuk memerangi rasuah sebagaimana yang ditunjukkannya di Selangor," kata Paul dalam satu sidang media selepas mengumumkan Indeks Persepsi Rasuah 2009,di Kelab Golf Di Raja Selangor.

Beliau menambah, pentadbiran terbuka yang diamalkan Selangor dan perkembangan yang berlaku di negeri ini harus menjadi contoh kepada semua tanpa mengira fahaman politik supaya negara bebas dari rasuah.

Katanya, pentadbiran telus yang diamalkan Selangor bukan sahaja penting bagi aspek intergriti tetapi dalam menjaga kestabilan ekonomi negara.


Indeks Malaysia menjunam


Dalam sidang media yang sama, TI-M memaklumkan, indeks persepsi rasuah Malaysia yang dipimpin Datuk Seri Najib razak terus menjunam.

Malaysia menduduki tangga ke 56 daripada 180 negara dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) dunia 2009.

Malaysia mencatatkan penurunan dalam indeks persepsi rasuah pada tahun ini dengan hanya memperoleh 4.5 mata berbanding 5.1 mata pada 2008.

Kemerosotan berkenaan jelas menunjukkan kegagalan negara memerangi rasuah walapun pelbagai janji dibuat pihak berkuasa untuk menanganinya.

Menurut Presiden TIM,Paul Low, banyak faktor yang menyumbang kepada berlakunya kemerosotan negara memerangi rasuah.

Namun, beliau menekankan pencegahan amalan rasuah haruslah bermula dari pemimpin dengan nilai intergriti yang tinggi untuk membanterasnya.

“Jika anda mempunyai pemimpin yang tidak memberikan tauladan yang baik unjtuk diikuti, anda tidak boleh harap golongan muda kita mengikut apa yang baik kerana mereka hanya mengikut apa yang pemimpin buat.

"Di Malaysia, ia bukan isu mempunyai negara yang demokratik atau pilihan raya. Kita ada tetapi dalam masa yang sama kita dengan banyak tentang lompat parti dan isu berkaitan dengannya, ada yang dibayar. Jadi ia bukan soal demokrasi tetapi soal kehendak politik," katanya.

Dalam laporan berkenaan, New Zealand berada di kedudukan pertama negara yang kurang kegiatan rasuah dengan catatan tertinggi 9.4 mata, manakala Somalia berada di kedudukan terakhir kerana mencatatkan amalan rasuah tertinggi dengan catatan CPI 1.1 mata.

Perbandingan antara negara Asean menunjukkan Malaysia berada di tempat ketiga selepas Singapura dengan catatan 9.4 mata dan Brunei dengan CPI 5.5 mata, manakala Indonesia di tempat keempat.

Walaubagaimanapun, Indonesia mencatatkan kenaikan,apabila mencatatkan CPI 2.8 berbanding 2.6 tahun lalu

Sunday, November 8, 2009

3 Kisah Perbandingan Hidup Sejahtera Hari Ini..

3 Kisah Perbandingan Hidup Sejahtera Hari Ini..

by Hamba Allah di angkat dari AKADEMI FIQH SIRAH

Saya mendapat kisah berikut daripada email teman-teman di ikram. Amat baik untuk diteladani.

KISAH 1

Ketika belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia , Salleh (bukan nama sebenar) telah bertemu jodoh dengan isterinya Siti Rahmah (bukan nama sebenar). Salleh mengambil jurusan kejuruteraan manakala Siti Rahmah Mengambil bidang perakaunan. Sekarang mereka telah 15 tahun berkahwin Dan Dikurniakan Allah dengan 7 orang anak. Beberapa bulan yang lepas saya Berkunjung ke rumah Salleh di Kajang. Kebetulan pada pagi Ahad itu selepas Solat Subuh di Masjid Kajang saya bertemu dengan Salleh. Dia terus mengajak Saya ke rumahnya. Dia menyewa rumah teres setingkat tidak jauh dengan Masjid.

Saya mengenalinya sejak hampir 10 tahun yang lalu. Pagi itu tidak sedar Kami telah berbual-bual hampir lima jam. Saya ingin berkongsi tentang Keluarga Salleh ini yang pada saya satu contoh keluarga yang mendapat keberkatan Allah.

  1. Salleh bekerja makan gaji Dan pendapatan bersihnya sebulan kurang dari RM3000.
  2. Isterinya adalah anak sulung, walaupun berkelulusan ijazah namun menjadi Suri rumah sepenuh masa atas kehendak Salleh. Sebagai penghargaan kerana Isterinya sanggup tidak bekerja, Salleh memberikan RM300 sebulan kepada Ibu-bapa mertuanya setiap bulan.
  3. Di samping itu Salleh juga memberi kepada ibunya di kampung RM200 Sebulan. Bapa Salleh telah meninggal dunia.
  4. Dia memiliki Toyota Unser dengan ansuran RM500 sebulan
  5. Dia membayar rumah sewa RM400 sebulan.
  6. Di rumahnya serba lengkap dengan perabot (TV, Peti Sejuk, Mesin Basuh, Set Sofa) serta teratur Dan kemas
  7. Pelik tetapi benar, bil elektrik di rumahnya kurang dari RM20 sebulan. Sedangkan jirannya tidak pernah kurang dari RM60. TNB dah buat pemeriksaan Bahawa meter di rumahnya tidak rosak. Begitu juga dengan bil air kurang Dari RM10 sebulan..
  8. Empat orang anaknya dihantar ke sekolah agama integrasi.
  9. Bayangkan dia boleh hidup dengan Selesa walaupun gajinya kecil jika di Nisbahkan dengan keluarganya yang agak besar.

Sejak berkawan dengannya Ada beberapa perkara yang saya lihat jadi amalan Dia yang patut di contohi;

  1. Solat Duha menjadi amalan hariannya walaupun ketika pergi outstation
  2. Solat Istikharah menjadi suatu amalan walaupun nak membeli benda yang Kecil seperti nak membeli mesin basuh.
  3. Sering membaca Surah Al-Waqiah
  4. Tidak terlibat langsung dengan sistem Riba . Dia menggunakan Kredit Kad Bank Islam.. Pinjaman kereta pun menggunakan sistem pinjaman Islam.
  5. Buat baik kepada Ibu bapa Dan Ibu Bapa mertuanya …
  6. Suka menolong orang Dan memberi derma
  7. Semua anak-anaknya mempunyai akhlak yang baik Dan jarang kena sebarang Penyakit.
  8. Dia dah empat tahun menggunakan Toyota Unser, sekali pun tidak pernah Rosak atau menyusahkan nya.
  9. Segala masalah yang dihadapi dapat diselesaikan dengan mudah Dan cepat.

KISAH 2

Ketika saya bujang dahulu saya sering menziarahi kawan saya, Norizam (bukan Nama sebenar) yang tinggal di Masai Johor. Pada Hari Ahad itu saya sampai Di rumah Norizam selepas waktu Asar. Norizam memperkenalkan Abang dia, Rashid (bukan nama sebenar) yang baru sampai dari Kuala Lumpur . Rashid Berkunjung ke rumah Norizam kerana untuk menghadiri temuduga pada pagi Isnin di Johor Baru.

Kawan saya Norizam ini, dalam beberapa hal dia tidak berpuas hati dengan Abangnya. Kadang kala saya tidak suka mendengar dia merungut tentang Abangnya. Petang itu Norizam merungut lagi iaitu abangnya datang untuk Temuduga kerja sebagai Pengurus Besar (General Manager). Gaji Rashid Sekarang ialah RM10,000 sebulan. Katanya tidak mencukupi. Dia akan minta gaji sebanyak RM14,000 sebulan untuk tempat baru ini.

Saya pun berasa hairan gaji RM10,000 sebulan tidak mencukupi sedangkan Hanya mempunyai dua orang anak sahaja. Beberapa tahun kemudian baru saya Tahu kenapa gaji abangnya RM10,000 tidak mencukupi.. Ini Ada kaitan dengan Tiada keberkatan hidup.

Perkara-perkara yang pada pandangan saya menyebabkan Rashid jadi susah ialah seperti berikut;

  1. Banyak sangat terlibat dengan sistem Riba . Pinjaman Kereta, Kad Kredit, Pinjaman Rumah, Akaun Simpanan semuanya Sistem Konvensional (Riba)
  2. Menggunakan banyak kad kredit konvensional kemudian bayar pokok sahaja. Bermakna memakan riba yang berterusan.
  3. Sering bertukar kereta sebab kereta selalu bermasalah walaupun kereta baru (Masalah kena curi Dan kemalangan jalan raya)
  4. Sering bertengkar dengan isteri.
  5. Isteri sering masuk hospital kerana penyakit misteri.
  6. Anak perempuan sulungnya yang di tingkatan tiga kena tangkap basah.
  7. Suka menengking jika Ada orang mintak derma.
  8. Soal sembahyang lima waktu dipandang sebelah Mata sahaja.

Kedua-dua kisah ini adalah sesuatu yang lumrah berlaku di sekeliling Kita. Kadang kala Kita tidak sedar langsung atau tidak menghiraukan langsung Untuk mencari keberkatan hidup.

KISAH 3

Saya hanya nak sampaikan sebuah cerita yang saya dapat, yang membuatkan hati saya amat tersentuh. Cerita ini saya dapati selepas menghadiri sebuah usrah umum di tempat saya baru-baru ini. Ustazah yang menceritakan ini sekarang mengajar di KISAS.

Ceritanya begini…

Suatu hari, seorang ustazah travel, Dia singgah di rumah seorang sahabatnya yang mana pasangan suami isteri Tersebut adalah guru biasa. Sisuami seorang guru penolong kanan. Beliau tiba di rumah sahabatnya ini sekitar tengahari tapi belum zohor. Kedua-dua suami isteri ini masih di sekolah. Walau bagaimanapun beberapa orang dari 8 orang anak mereka yang ke semuanya lelaki yang mana yang paling tua dalam tingkatan satu & yang paling muda masih bayi sudah pun pulang dari sekolah. Waktu zohor masuk, abang yang tua mengajak semua adik-adiknya yang baru pulang untuk solat berjemaah dengan dia sendiri sebagai imam.

Sewaktu dalam rakaat kedua, salah seorang adiknya yang berumur lingkungan 8 tahun pulang. Tanpa bertangguh tatkala melihat jemaah yang sedang solat, dia mengambil wudhu’ dan solat bersama jemaah, ia ikut ruku’ apabila imam ruku’. Dia ikut sujud apabila imam sujud. Dan selesai imam memberi salam,dia bangun menyelesaikan satu rakaat solatnya yang tertinggal. Subhanallah. .. adik yang berumur 8 tahun ini sudah pandai masbuk… ustazah yang melihat terkejut dan kami yang mendengar mengucap memuji ALLAH. Bayangkan betapa taatnya anak-anak yang masih kecil ini menunaikan perintah ALLAH tanpa pengawasan kedua orang tua mereka atau mana-mana orang dewasa dan tanpa disuruh-suruh. Cerita tak berakhir di situ.

Ustazah bermalam di rumah sahabatnya itu. Apabila subuh, ustazah menyangka dialah yang paling awal bangun kerana dia bangun selesai sahaja azan subuh berkumandang kalau saya tak lupa. Takjubnya dia apabila ke bilik air dilihatnya anak-anak kecil sedang sibuk ambil wudhu’. Bayangkan 7 orang budak lelaki dengan yang paling tua berumur 13 tahun dan yang ke tujuh ntah berapa tahun sibuk mengambil wudhu’ di bilik air di waktu subuh paling awal. Si ayah menunggu anak-anaknya di tikar sembahyang dengan sabar sambil berzikir.

Mereka solat jemaah sekeluarga (termasuk ustazah). Sewaktu hendak mula solat,si ibu meletakkan anak bongsunya yang masih bayi (yang sedang jaga) di sisinya. Ajaibnya anak ini tidak menangis mengganggu jemaah sepanjang mereka solat. Dan sekali lagi cerita tak berakhir di situ.

Ustazah tersebut ingatkan hendak sambung tidur kerana penat travel semalamnya tak surut lagi. Alangkah terkejutnya dia apabila hendak melipat sejadah, si ayah berpusing menghadap jemaah sambil berkata, “Anak-anak.. . hari ni ayah nak beri kuliah mengenai solat dan puasa… “. Dan 8 orang anak termasuk si ibu dengan tekun mendengar kuliah subuh yang disampaikan.

Subhanallah. … bila ditanya kepada si ibu mengapa didikan sedemikian diberi kepada anak-anaknya? Dia menjawab bahawa itu persediaan dia dan suaminya sebelum mati. Mereka berharap agar anak-anak lelakinya yang 8 orang itu dapat membacakan sekurang-kurangnya fatihah untuk mereka jika ditakdirkan mereka pergi dulu.. Lagipun anak-anak mereka semuanya lelaki… Pasangan suami isteri ini tak sanggup melihat anak-anak mereka terabai tanpa pedoman… cuba kita tanya diri kita sendiri…

  • Berapa ramai keluarga Islam hari ini yang dapat mengamalkan solat jemaah dalam keluarga ???
  • berapa ramai anak-anak Islam berumur 8 tahun yang pandai solat masbuk???
  • Berapa ramai anak-anak berumur 13 tahun yang pandai mengimami solat memimpin adik-adik mereka ???
  • Berapa ramai ibubapa yang berjaya mendidik anak-anak mereka sedemikian rupa yang taat melaksanakan perintah ALLAH tanpa suruhan dan pengawasan mereka yang lebih dewasa ???

Subhanallah. .. Alhamdulillah. .. moga apa yang saya sampaikan ini menjadi pedoman dan iktibar buat kita semua…

"Sebaik-baik manusia di antara kamu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain."(Hadis Riwayat Muslim)

Thursday, November 5, 2009

Hasil Kerja UMNO selama 50tahun

1. Melemahkan institusi raja-raja Melayu yang menjadi simbol ketuanan Melayu.

2. Melemahkan sistem kehakiman negara.

3. Menarik balik royalti rakyat petroleum rakyat Terengganu yang majoriti orang Melayu.

4. Memperkenalkan PPSMI; menghapuskan bahasa Melayu.

5. Menarik peruntukan geran kepada Sekolah Agama Rakyat, tempat belajar agama anak-anak Melayu.

6. Memperkenalkan meritrokrasi; mengurangkan peluang belajar anak-anak Melayu.

7. Memperkenalkan PTPTN dan mengurangkan biasiswa kepada anak-anak Melayu.

8. Persempadanan semula pilihan raya pada 2002; mengurangkan kawasan majoriti orang Melayu.

9. Menafikan hak royalti rakyat Kelantan yang majoriti Melayu.

10. Memperkenalkan Islam Hadhari yang mengelirukan orang Melayu.

11. Menyenaraiawamkan syarikat TH Plantation yang dahulunya dimiliki 100% oleh Tabung Haji dan dimiliki oleh orang Melayu. Tetapi sekarang orang bukan Melayu boleh memiliki saham TH Plantation.

12. Menggabungkan syarikat-syarikat konglomerat orang Melayu iaitu; Sime Darby, Guthrie dan Golden Hope, dan sekaligus mengurangkan peluang orang Melayu daripada tiga syarikat kepada satu syarikat sahaja.

13. Memetik kenyataan Mufti Perak, Dato' Harussani Zakarian 250 ribu orang Melayu murtad. Semua ini adalah di bawah pemerintahan kerajaan Umno.

14. Mewujudkan Wilayah Iskandar yang menjadi zon bebas, maka orang-orang Singapura boleh masuk secara bebas ke sana.

15. Krisis Menteri Besar di Perlis dan Terengganu apabila Umno sendiri yang menentang keputusan Sultan di negeri berkenaan.

16. Membubarkan Kementerian Pembangunan Usahawan yang menjadi sumber bantuan usahawan-usahawan Melayu.

17. Memperkenalkan liberalisasi ekonomi, maka sekaligus menghapuskan Dasar Ekonomi Baru yang tujuannya membantu ekonomi orang-orang Melayu Bumiputra.

18. Mendedahkan pelaburan wang Tabung Haji satu ketika lalu dalam dengan syarikat Judi Pan Sweep, seperti yang didedahkan dalam buku Exco Kerajaan Kelantan, Dato' Paduka Husam Musa.

19. Enggan membayar royalti minyak kepada kerajaan Kelantan sejak tahun 2004.

20. Mengkhianati amanah rakyat dengan merampas kerajaan negeri Perak dari tangan Pakatan Rakyat dengan cara yang tidak bermoral pada Februari 2009.