Thursday, November 19, 2009

2 pemimpin siswa UM tidak bersalah

Abdul Rahim Sabri
Nov 19, 09
1:35pm
Dua pemimpin Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) hari ini didapati tidak bersalah terhadap dakwaan membawa masuk seorang ADUN Pakatan Rakyat ke kampus tersebut, Mac lalu.

Muhammad Haafizuddin Abirerah (kanan) dan Abu Ubaidah Amir Abdul Malik dituduh membenarkan setiausaha kepada menteri besar Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad melibatkan diri dalam aktiviti pertubuhan itu.

Pada 16 Mac lalu, Nik Nazmi menyampaikan ucapan perasmian mesyuarat agung persatuan tersebut selepas diseludup masuk ke kampus dengan motosikal seorang mahasiswa setelah kenderaannya dihalang.

Manakala pendakwaan tatatertib terhadap enam aktivis Persatuan Bahasa Cina UM (PBCUM) – yang enggan nama mereka didedahkan – akan bersambung awal petang ini.

Mereka dituduh mengundang exco kanan Selangor, Teresa Kok dan ahli jawatankuasa pusat MCA Wong Nai Chee mengadili satu program debat, bulan lalu.

1 comment:

  1. giler ahh.. politik mkin lme mkin nk msuk pentadbiran universiti dh.. power dh ni. weh truskn berblog.. jgn stop.

    ReplyDelete